Sunday 18 December 2011

cintaku kau bawa pergi

20 Januari 2011(Nur Tasnim Afeeqa)  

      Ya Allah, serabutnya aku.kalau aku pening sikit, 'feeqa, awak okey?saya panggil cikgu ek.'kalau aku senyap tak berkutik,'awak bawak ubat tak?nak saya call mama awak?'
     Aku cuma nak dilayan macam orang biasa, bukan macam OKU.Hish,tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu ni
     "Mama,mama"hish, mana pulak mama pergi ni.langkah diatur laju menuruni tangga.
     "STOPPP!!!"mama menjerit nyaring tak ubah seperti hantu pontianak.Mama yang lengkap bertelekung berdiri tegak sambil menuding jari ke arahku.Dah kena sawan ke mama aku ni,monolog aku.
     Yang feeqa kalut sangat ni apsal.Kang terjatuh,sapa nak tanggung?Feeqa tu kan sakit.....bla...bla..."ratu talkative dah start dah.Sejak bila pula mama aku join kelab burung murai ni.
     'Feeqa cari mama la.Yang mama pakai telekung ni apasal?Kalau ye pun nak keluar,tanggal la dulu.pot...pet...pot...pet...and...pot...pet..."aku terus menyatakan tujuanku tanpa menghiraukan bebelannya yang panjang.Aku menariknya ke sofa lalu duduk.Alamak,virus mama dah berjangkit dengan aku la pulak.
     Mama ingat feeqa sakit tadi.Sebab tu la mama tak sempat nak tanggalkan"jelas mama.
      "Yang mama risau sangat apasal?Feeqa belum nak mati lagi la."spontan aku menjawab.Mama yang sedang leka membelai rambut panjangku terkelu.Mama segera menarik rambutku kuat.
      Apa tarik-tarik ni.Sakitlah...Betul apa feeqa kata.Feeqa sihatlah,semua orang nak jaga feeqa.Mama pun sama.Feeqa rimaslah."aku mengeluh.
     Feeqa anak tunggal mama.Mestilah mama risaukan feeqa."lirih suara mama.Alahai,buat sedih la pulak.
     "Mama,feeqa cuma nak dilayan macam seorang remaja berumur 17 tahun yang normal.Orang normal yang tak sakit dan perkara itu cuma boleh dicapai kalau feeqa pindah.Tempat yang jauh dari sini and no one knows me.
     "feeqa nak pindah?"mama terkejut.Dia segera menarik aku memandangnya.Aku hanya memandang sayu wajahnya sambil mengangguk perlahan.
     Setelah lama mama memikirkannya,akhirnya keputusan dibuat."Baiklah kalau itu yang feeqa nak,mama akan tunaikannya.Tapi mama dan baba tak boleh nak ikut feeqa pindah.Feeqa akan tinggal di rumah kawan mama,auntie Nafisah,boleh?"
     Aik,peliknya mama.Selalunya dia asyik nak awasi aku je.Lepas tu mesti bincang dengan baba dulu.Ni mesti nak suruh aku give up ni. Dia ingat aku tak boleh hidup tanpa dia ke,getus hati aku.
     "Kalau macam tu,feeqa terima keputusan mama dengan seadanya"hahaha.....mari tengok apa reaksi dia.
     Mama kekejutan'feeqa setuju?tapi..."
     "Apa tapi-tapi?mama nak jadi orang munafik ke yang asyik mungkuri janji."Aku bercekak pinggang, saja nak takutkan mama.
     Mama menunduk."Nanti mama call dia"Mama ingin melangkah ke dapur tetapi terhalang apabila terdengar aku memanggilnya.Mama berpaling.
     "Mama,kalau mama keberatan,tak payah la.Mesti feeqa susahkan mama,kan?"Ish,serba salah la pulak.
     "Tak delah.Kalau itu boleh bahagiakan anak mama,mama sanggup"mama tersenyum tawar.

************************************************************************************

28 Januari 2011(NTA)

     Tibalah harinya aku terpaksa meninggalkan mama dan baba dan bilik kesayangan aku.Walaupun baba kurang setuju tetapi dia memahami keadaan dan perasaan aku.
     "Kita dah sampai"lamunanku pecah apabila kedengaran suara baba.Auntie Nafisah dan suaminya,Uncle Adib menyambut kedatangan kami dengan gembira.
     Setelah hari mulai petang,mama dan baba meminta diri untuk pulang kerana mereka ingin sampai di rumah sebelum tengah malam.Maklumlah,babakan rabun.
     "Afeeqa anak mama,jaga diri elok-elok ye.Bukan mama nak lari dari tanggungjawab sebab tinggalkan feeqa di sini.Mama cuma nak feeqa bahagia."mama mengesat air matanya sayu.
     "Mama,janganlah macam ni.Feeqa okey la.I am happy with your decision.Dah,janganlah sedih-sedih . Mama nak feeqa nangis ke?'aku memujuk.
     "Sudah la Lynn.Feeqa tu tak apa-apa,awak pula yang sedih-sedih.Feeqa jaga diri elok-elok tau.Baba pergi dulu.Kalau ada apa-apa,just call me,okey?assalamualaikum"baba menggosok-gosok perlahan bahu mama dengan penuh kasih sayang.mereka beredar sejurus selepas mengucapkan terima kasih kepada auntie Nafisah dan Uncle Adib.
      "Huh!!i'll start my new journey here now."aku menggumam perlahan lalu melangkah masuk setelah lama duduk di taman mini auntie Nafisah.Dia dan suaminya dah lama meninggalkan aku sendirian di luar setelah penat memujuk aku masuk.
     "assalamualaikum"ada suara yang garau memberi salam.Aku menoleh ke belakang.wow!!smartnya.
     "waalaikumussalam"auntie Nafisah menyahut.
     "kenapa Haseef baru balik?hah,ni anak kawan umi,tasnim.Dia akan menetap bersama kita buat sementara waktu.So,sekarang dah ada kawan dah la."auntie Nafisah yang perasan aku memerhati mereka berbual dan memperkenalkan aku kepada jejaka tadi.Ni mesti anak sulung yang cakap tadi,monolog aku.
     "oow..umi,Haseef masuk dulu,ek."dia memandang sekilas kepada aku lalu melangkah masuk.
     "Tasnim,masuk la.Dah lewat ni.Jom."ajak auntie Nafisah.Sekarang gelaran aku turut berubah.Aku yang menginginkan begitu.So,diorang ikut je.Aku harus menjadi seseorang yang baru.




 

Saturday 1 October 2011

love like this

     Keliru, itu yang Aulia rasakan saat ini.Hujan yang mulai turun seolah - olah memahami hati Aulia yang sedang menangis ketika ini.Sesekali tempias hujan memasuki bilik Aulia melalui jendela yang dibuka luas.Bunyi guruh yang kuat menenggelamkan esakan Aulia.Permintaan mama yang sukar diterimanya sebentar tadi masih terngiang - ngiang di telinganya.

     " Lia,mama dah bincang dengan Datin Azlynn dan kami putuskan untuk tunangkan Lia dengan anak Datin Azlynn dalam tempoh 2 bulan dari sekarang." ujar wanita berwajah lembut itu.

     " Tapi mama, macam mana dengan Dan?Mamakan tahu Lia tak mungkin akan lupakan dia.Lia sayangkan dia,mama.Lia tak sanggup nak lukakan hati dia."setitik demi setitik air mata membasahi pipi Aulia yang mulus itu.

     Datin Nafisah merapati Aulia.Dia menggosok - gosok bahu Aulia sambil memujuk."Lia,mama bukan tak suka dengan Daniel,cuma he is not good enough for you dan mama yakin 100% lelaki pilihan mama adalah yang terbaik uuntuk Lia."

     Datin Nafisah menyammbung lagi apabila dia melihat Aulia yang langsung tidak berkutik dari tadi."Lia,sebelum ni mama tak pernah minta apa - apa pun dari Lia tapi kali ni mama harap sangat Lia boleh terima keputusan mama."

     "Mama,please la jangan paksa Lia macam ni.Bagilah Lia peluang untuk tentukan jodoh Lia sendiri.Kalau mama nak sangat Lia kahwin,then Lia akan suruh Dan cepat - cepat masuk meminang Lia,k?"Aulia cuba memujuk Datin Nafisah tetapi gagal.

     "Mama takkan terima pinangan sesiapa pun kecuali pinangan anak Datin Azlynn."wanita beranak dua itu memberi kata putus sebelum memanjat tangga menuju ke biliknya.Air mata gadis bertudung itu semakin lebat menghujani wajahnya.

     "Kakak,kenapa ni?"lamunan Aulia hilang bagaikan ditiup angin.Air mata yang masih tersisa dipipi di sapu.

     "Kakak masih fikirkan permintaan mama ke?Rayyan bukan nak memandai tapi nasihat Rayyan,kakak ikut jelah apa yang mama minta sebab syurga kita bawah kaki mama.Lagipun,Rayyan rasa lama - lama,Daniel mesti akan boleh terima hal ini."

     "Tak pe lah kakak.Rayyan keluar dulu.Kakak fikirlah baik - baik kata - kata Rayyan tadi.Rayyan pasti kakak mesti boleh selesaikan hal ni."kata doktor muda itu.Aulia tertunduk mendengar nasihat daripada adik kembarnya itu.

**********
                                                        romeo,take me,somewhere we can be alone,
            i'll be waiting or there's left to do is run
            you'll be the prince and i'll be the princess
            it's a love story baby just say yes

      Handphone yang sedari tadi berdering dilihat,Daniel,Aulia bermonolog.Aulia terus menghempaskan dirinya ke atas katilnya yang empuk

      "assalamualaikum"Aulia menyapa Daniel.

      "waalaikummussalam.Ya Allah,Lia...kenapa baru angkat phone?Dari tadi Dan call.Dan ingatkan ada apa - apa jadi kat Lia tadi.Lega hati Dan bila denagr suara Lia."suara Daniel yang kerisauan kedengaran di corong telefon.

       Ya Allah.lelaki inikah yang mama kata belum cukup baik untuk diriku?sanggupkah aku lukai hati kecilnya?maafkan Lia,Dan!!

     "Dan...."esakan yang ditahan dari tadi akhirnya kedengaran.

     "Lia,kenapa ni?Lia ada masalah ke?"soal Daniel apabila dia terdengar suara kekasih hatinya yang hiba.

     "Dan,Lia minta maaf.Lia dah tak boleh teruskan hubungan kita lagi."

     "Apa yang Lia menga......"suara Daniel sudah tidak kedengaran lagi.telefon yang dah dimatikan dilemparkan ke atas side-table.

     Sekali lagi handphone kesayangan miliknya menyanyikan lagu love story nyanyian Taylor Swift.Gadis berambut panjang itu menyembamkan mukanya ke atas bantal.Malam itu,dia tidur berteman tangisan.

***********

      "Nur Rayyan Aulia.what a nice name.secantik tuannya"akil haseef menggumam perlahan sambil tersenyum.gambar di tangan dibelek tanpa jemu.
     "looks like aku dah angau dengan girl ni.i wish i could meet her as fast as possible"akil menanam harapan.
     "anak umi buat apa ni?hah!!umi tau.mesti tengah usha gambar anak dara orang,kan?"dia faham sangat anak tunggalnya tu...gelagat anaknya tu pernah dilihat 3 tahun lalu...sebelum berita kematian ain maisarah,wanita kesayangan anaknya sampai.
     'aku rasa aku sempat sorokkan gambar ni kat bawah bantal.umi still nampak ke?'akil menjenguk ke bawah bantalnya.'tak nampak pon.macam mana umi tau ni.'
     "apa yang kamu cari tu?dah lewat malam ni.tidur la...umi keluar dulu"datin Azlynn melangkah keluar sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
     "sah umi tak nampak...nasib baik"akil menggumam perlahan.buat kesekian kalinya akil menatap gambar di tangannya lalu terlena sambil memeluk gambar itu.tak dapat peluk tuan peluk gambar pun jadi la.

**********

          




      

        

watak - watak LOVE LIKE THIS


Mohd. Akil Haseef Dato' Azlan


Nur Rayyan Aulia Dato' Adib


Dr.Luqman Hakim


Nur Rayyan Dania Dato' Adib


Daniel Irham

p/s : korang bayangkan jelah Nur Rayyan Dania pakai tudung,k??