Sunday, 18 December 2011

cintaku kau bawa pergi

20 Januari 2011(Nur Tasnim Afeeqa)  

      Ya Allah, serabutnya aku.kalau aku pening sikit, 'feeqa, awak okey?saya panggil cikgu ek.'kalau aku senyap tak berkutik,'awak bawak ubat tak?nak saya call mama awak?'
     Aku cuma nak dilayan macam orang biasa, bukan macam OKU.Hish,tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu ni
     "Mama,mama"hish, mana pulak mama pergi ni.langkah diatur laju menuruni tangga.
     "STOPPP!!!"mama menjerit nyaring tak ubah seperti hantu pontianak.Mama yang lengkap bertelekung berdiri tegak sambil menuding jari ke arahku.Dah kena sawan ke mama aku ni,monolog aku.
     Yang feeqa kalut sangat ni apsal.Kang terjatuh,sapa nak tanggung?Feeqa tu kan sakit.....bla...bla..."ratu talkative dah start dah.Sejak bila pula mama aku join kelab burung murai ni.
     'Feeqa cari mama la.Yang mama pakai telekung ni apasal?Kalau ye pun nak keluar,tanggal la dulu.pot...pet...pot...pet...and...pot...pet..."aku terus menyatakan tujuanku tanpa menghiraukan bebelannya yang panjang.Aku menariknya ke sofa lalu duduk.Alamak,virus mama dah berjangkit dengan aku la pulak.
     Mama ingat feeqa sakit tadi.Sebab tu la mama tak sempat nak tanggalkan"jelas mama.
      "Yang mama risau sangat apasal?Feeqa belum nak mati lagi la."spontan aku menjawab.Mama yang sedang leka membelai rambut panjangku terkelu.Mama segera menarik rambutku kuat.
      Apa tarik-tarik ni.Sakitlah...Betul apa feeqa kata.Feeqa sihatlah,semua orang nak jaga feeqa.Mama pun sama.Feeqa rimaslah."aku mengeluh.
     Feeqa anak tunggal mama.Mestilah mama risaukan feeqa."lirih suara mama.Alahai,buat sedih la pulak.
     "Mama,feeqa cuma nak dilayan macam seorang remaja berumur 17 tahun yang normal.Orang normal yang tak sakit dan perkara itu cuma boleh dicapai kalau feeqa pindah.Tempat yang jauh dari sini and no one knows me.
     "feeqa nak pindah?"mama terkejut.Dia segera menarik aku memandangnya.Aku hanya memandang sayu wajahnya sambil mengangguk perlahan.
     Setelah lama mama memikirkannya,akhirnya keputusan dibuat."Baiklah kalau itu yang feeqa nak,mama akan tunaikannya.Tapi mama dan baba tak boleh nak ikut feeqa pindah.Feeqa akan tinggal di rumah kawan mama,auntie Nafisah,boleh?"
     Aik,peliknya mama.Selalunya dia asyik nak awasi aku je.Lepas tu mesti bincang dengan baba dulu.Ni mesti nak suruh aku give up ni. Dia ingat aku tak boleh hidup tanpa dia ke,getus hati aku.
     "Kalau macam tu,feeqa terima keputusan mama dengan seadanya"hahaha.....mari tengok apa reaksi dia.
     Mama kekejutan'feeqa setuju?tapi..."
     "Apa tapi-tapi?mama nak jadi orang munafik ke yang asyik mungkuri janji."Aku bercekak pinggang, saja nak takutkan mama.
     Mama menunduk."Nanti mama call dia"Mama ingin melangkah ke dapur tetapi terhalang apabila terdengar aku memanggilnya.Mama berpaling.
     "Mama,kalau mama keberatan,tak payah la.Mesti feeqa susahkan mama,kan?"Ish,serba salah la pulak.
     "Tak delah.Kalau itu boleh bahagiakan anak mama,mama sanggup"mama tersenyum tawar.

************************************************************************************

28 Januari 2011(NTA)

     Tibalah harinya aku terpaksa meninggalkan mama dan baba dan bilik kesayangan aku.Walaupun baba kurang setuju tetapi dia memahami keadaan dan perasaan aku.
     "Kita dah sampai"lamunanku pecah apabila kedengaran suara baba.Auntie Nafisah dan suaminya,Uncle Adib menyambut kedatangan kami dengan gembira.
     Setelah hari mulai petang,mama dan baba meminta diri untuk pulang kerana mereka ingin sampai di rumah sebelum tengah malam.Maklumlah,babakan rabun.
     "Afeeqa anak mama,jaga diri elok-elok ye.Bukan mama nak lari dari tanggungjawab sebab tinggalkan feeqa di sini.Mama cuma nak feeqa bahagia."mama mengesat air matanya sayu.
     "Mama,janganlah macam ni.Feeqa okey la.I am happy with your decision.Dah,janganlah sedih-sedih . Mama nak feeqa nangis ke?'aku memujuk.
     "Sudah la Lynn.Feeqa tu tak apa-apa,awak pula yang sedih-sedih.Feeqa jaga diri elok-elok tau.Baba pergi dulu.Kalau ada apa-apa,just call me,okey?assalamualaikum"baba menggosok-gosok perlahan bahu mama dengan penuh kasih sayang.mereka beredar sejurus selepas mengucapkan terima kasih kepada auntie Nafisah dan Uncle Adib.
      "Huh!!i'll start my new journey here now."aku menggumam perlahan lalu melangkah masuk setelah lama duduk di taman mini auntie Nafisah.Dia dan suaminya dah lama meninggalkan aku sendirian di luar setelah penat memujuk aku masuk.
     "assalamualaikum"ada suara yang garau memberi salam.Aku menoleh ke belakang.wow!!smartnya.
     "waalaikumussalam"auntie Nafisah menyahut.
     "kenapa Haseef baru balik?hah,ni anak kawan umi,tasnim.Dia akan menetap bersama kita buat sementara waktu.So,sekarang dah ada kawan dah la."auntie Nafisah yang perasan aku memerhati mereka berbual dan memperkenalkan aku kepada jejaka tadi.Ni mesti anak sulung yang cakap tadi,monolog aku.
     "oow..umi,Haseef masuk dulu,ek."dia memandang sekilas kepada aku lalu melangkah masuk.
     "Tasnim,masuk la.Dah lewat ni.Jom."ajak auntie Nafisah.Sekarang gelaran aku turut berubah.Aku yang menginginkan begitu.So,diorang ikut je.Aku harus menjadi seseorang yang baru.




 

No comments:

Post a Comment